
KAJANG, 17 MAC 2016- Sempena Majlis Perpisahan Ketua Pembantu Tadbir, Encik Roslan bin Mohd Khalid, pihak jabatan telah menganjurkan satu sesi Perlawanan Bola Sepak Persahabatan di antara pasukan JBS Selangor dan pasukan Veteran Hulu Langat yang bertujuan untuk mengukuhkan lagi perhubungan yang telah sedia terjalin. Pertandingan tersebut telah diadakan pada jam 5.00 petang di Padang Kolej Vokasional , Kajang. Program yang dianjurkan oleh Kelab Keluarga dan Kebajikan JBS Selangor dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Walaupun pasukan JBS Selangor hampir memenangi pertandingan tersebut, namun pasukan Veteran Hulu Langat telah berjaya menjaringkan gol sekaligus mengalahkan dengan jaringan 2-1.
Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim serta memupuk budaya sukan di antara penggiat-penggiat sukan setempat selain dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Semoga program seperti ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang.
Disediakan Oleh : Suhaila binti Noordin (Unit Sukan)
- JBS Selangor
- Hits: 532







