SABAK BERNAM, 24 Julai 2018 - Lawatan kerja ke Gimnasium Rakyat Sabak Bernam yang bertempat di Sungai Besar Business Center oleh Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Encik Sabran bin Abd. Bahar bersama Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam iaitu Encik Shah Iqbal Jamalullail bin Nadmillail telah diadakan bagi memastikan gimnasium dalam seliaan yang baik serta pengoperasian berjalan dengan lancar. Lawatan dan perbincangan bersama dengan penyelia gimnasium, iaitu Mr. Tony adalah bertujuan untuk merangka program pembangunan sukan terutamanya yang melibatkan penggunaan peralatan gimnasium. Selain itu, lawatan tersebut juga ingin memastikan keadaan peralatan gimnasium dalam keadaan baik dan pengurusan kewangan yang cekap.
Syabas dan tahniah kepada penyelia gimnasium kerana berjaya menyelenggara gimnasium dengan baik.
Syabas dan tahniah kepada penyelia gimnasium kerana berjaya menyelenggara gimnasium dengan baik.
Disediakan oleh : Rozanah binti Adnan, PBSD Sabak Bernam
- JBS Selangor
- Hits: 578
