- JBS Selangor
- Hits: 454
LAWATAN TUAN PENGARAH KE PEJABAT YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR BERSEMPENA PELAKSANAAN HARI SUKAN NEGARA 2018 NEGERI SELANGOR

SHAH ALAM, 4 OKTOBER 2018 – Hari Sukan Negara (HSN) 2018 Negeri Selangor akan diadakan pada 13 Oktober 2018 (Sabtu) bertempat di Taman Botani Negara, Shah Alam serentak di seluruh Negara. Pelbagai aktiviti sukan dan riadah akan diadakan bagi menggalakkan kehadiran orang ramai di samping dapat mewujudkan budaya hidup sihat di kalangan masyarakat.
Sehubungan itu, Encik Sabran bin Abd Bahar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor bersama Puan Musyrifah binti Elias, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan dan Encik Faizul Ganapathy bin Abdullah, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda telah mengadakan lawatan ke Pejabat YAB Dato’ Menteri Besar Selangor untuk mendapatkan sokongan bagi pelaksanaan HSN 2018 Negeri Selangor.
Semoga pelaksanaan HSN 2018 Negeri Selangor dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Disediakan oleh : Rohani binti Rahamad, Bahagian Pentadbiran
- JBS Selangor
- Hits: 454











