

KUALA KUBU BARU, 3 OGOS 2018 - Satu lawatan kerja oleh Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Encik Sabran bin Abd Bahar ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Hulu Selangor telah dilakukan bagi tujuan pengenalan, penambahbaikan dan bimbingan bersama Pegawai dan kakitangan di PBSD Hulu Selangor. Penekanan terhadap peribadi penjawat awam yang berintegriti dan beretika telah difokuskan untuk kecemerlangan masa hadapan.
Pelbagai isu dan topik telah dibincangkan untuk memantapkan lagi organisasi PBSD Hulu Langat pada sesi lawatan kali ini. Beliau mengucapkan selamat maju jaya kepada Pegawai dan kakitangan agar mengekalkan prestasi cemerlang. Turut berlangsung sesi bergambar dan jamuan ringkas bagi meraikan kedatangan beliau.
Disediakan oleh : Umi Amira binti Amiruddin, PBSD Hulu Selangor
- JBS Selangor
- Hits: 429



