SHAH ALAM, 31 JULAI 2018 - Satu Perbincangan Program Y-Career (Kursus Asas Jahitan) telah diadakan di antara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor di wakili oleh Encik Mohd Dzulfahmi bin Mohd Tahar selaku Pegawai Pembangunan Ekonomi dan Puan Nasuha Aziz pemilik Nasuha Fashion Gallery. Program ini akan diadakan pada 22, 23, 29 dan 30 September 2018 bertempat di Nasuha Fashion Gallery Seksyen 18, Shah Alam.
Objektif program ini adalah untuk membuka peluang dan ruang para belia mempelajari kemahiran jahitan dan seterusnya menjadikan ia sebagai asas untuk berniaga serta meningkatkan potensi diri.
Semoga dengan kerjasama ini dapat mencapai objektif program dengan jayanya dan mengeratkan hubungan di antara Jabatan dan Usahawan Bumiputera di sekitar Negeri Selangor.
Disediakan oleh : Eme Julianna binti Zainal, Bahagian Pembangunan Belia
- JBS Selangor
- Hits: 446
