HULU LANGAT, 16 Julai 2018 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Daerah Hulu Langat bagi menerangkan kefungsian agensi dan menjalinkan kerjasama khususnya dalam pembangunan belia dan sukan di daerah Hulu Langat.
Kunjung hormat yang julung kali diadakan selepas Pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 ini banyak membincangkan mengenai hala tuju dan peluang kerjasama antara 2 agensi di masa akan datang. Menurut Cik Khairul Aizawati binti Khalid, Ketua Penolong Pegawai Daerah Hulu Langat (Bahagian Pembangunan), usahasama antara 2 agensi ini penting bagi meneruskan agenda kerajaan persekutuan dan negeri agar ianya seiring dengan objektif dan sasaran yang ditetapkan khususnya kepada generasi muda dan pengamal sukan keseluruhannya.
Kunjung hormat ini dihadiri oleh Encik Halman bin Salleh, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat dan kakitangan serta agensi lain yang terdiri daripada Pejabat Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Hulu Langat dan Pejabat Penerangan Daerah Hulu Langat.
Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat
- JBS Selangor
- Hits: 521
