KLANG, 30 Julai 2018 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Klang berbesar hati apabila menerima kunjungan daripada Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBS) Selangor, Encik Sabran bin Abd Bahar pada 27 Julai 2018 yang lepas. Lawatan ini bertujuan bagi meneliti hasil kerja dan berkongsi pendapat untuk penambahbaikan pentadbiran dan pengurusan PBSD Klang.
Menurut Pegawai PBSD Klang, Encik Azrul Hafiz bin Mohamad, segala amanat dan nasihat yang diberikan oleh Tuan Pengarah diharap menjadi anjakan paradigma kepada semua kakitangan sekaligus dapat meningkatkan hasil kerja dan memperbaiki cara pengurusan yang lebih efektif di masa akan datang. Turut berlangsung sesi bergambar bersama Tuan Pengarah pada akhir lawatan tersebut.
Disediakan oleh : Muhammad Ali bin Mahat, PBSD Klang
- JBS Selangor
- Hits: 510
