- JBS Selangor
- Hits: 424
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI SELANGOR BIL 3/2018

SHAH ALAM, 10 OKTOBER 2018 – Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negerj Selangor telah mengadakan mesyuarat tersebut pada pukul 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, JBS Negeri Selangor, Plaza Perangsang, Shah Alam. Mesyuarat ini telah di pengerusikan oleh Encik Sabran bin Abd Bahar.
Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk memastikan persiapan untuk Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2018 Peringkat Negeri Selangor dapat berjalan lancar dan memberi keseronokan kepada peserta yang terlibat dari pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira umur dari seluruh warga Selangor. Program ini akan berlangsung selama 3 hari berturut-turut pada 12 hingga 14 Oktober 2018 nanti. Adalah dianggarkan seramai 57,000 orang peserta akan terlibat pada hari tersebut berlangsung.
Turut bersama di mesyuarat itu ialah Tuan Syed Mashor bin Wan Mahbar, Pegawai Belia dan Sukan daerah Petaling.
Disediakan oleh : Ridzuan bin Haji Ali, PBSD Petaling
- JBS Selangor
- Hits: 424









