
SUBANG JAYA, 1 MAC 2019 - Satu perlawanan persabahatan futsal telah diadakan di antara pasukan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor dan Kelab Ahli Parlimen Belia Malaysia - Selangor di sini baru-baru ini.
Perlawanan persahabatan ini bertujuan mengeratkan hubungan di antara pegawai JBS Negeri Selangor dan Ahli Parlimen Belia Malaysia dari Negeri Selangor serta mempraktikkan amalan gaya hidup sihat. Perlawanan ini juga turut dihadiri Encik Muazamir bin Jili, Timbalan Pengarah JBS Negeri Selangor bagi memberikan kata-kata semangat kepada kedua-dua pasukan.
Beliau juga menambah agar perlawanan persahabatan seperti ini akan dapat diteruskan di masa-masa akan datang dengan melibatkan sukan-sukan lain seperti badminton, bowling dan lain-lain.
Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat
- JBS Selangor
- Hits: 459







