
SHAH ALAM, 8 MAC 2019 – Telah berlangsung Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor Bil. 1/2019 pada 8 Mac 2019 (Jumaat) pada jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat JBS Negeri Selangor. Majlis telah dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Perkhidmatan Awam dan seterusnya bacaan doa bagi merahmati majlis pada hari tersebut. Dalam Majlis tersebut juga, Encik Sabran bin Abd Bahar, Pengarah JBS Negeri Selangor telah menyampaikan kata-kata aluan dan amanat kepada semua pegawai dan kakitangan yang hadir dan turut menyampaikan Anugerah Khas Pekerja Terbaik Bulanan kepada pegawai dan kakitangan yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang.
Disediakan oleh : Rohani binti Rahamad, Bahagian Pentadbiran
- JBS Selangor
- Hits: 451





