KUALA SELANGOR, 15 MAC 2019 – Mesyuarat Pengurusan PBSD Kuala Selangor Bil 1/2019 telah dipengerusikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Selangor, Encik Yong Soon Hang dan telah dihadiri oleh semua kakitangan pejabat bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Dalam mesyuarat tersebut, beberapa perkara telah disentuh antaranya dalam kehadiran pejabat, cuti sakit palsu, kad perakam waktu dan beberapa perkara lain yang boleh melanggar etika sebagai penjawat awam. Encik Yong Soon Hang turut menyampaikan amanat daripada Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor mengenai sikap integriti yang perlu ada pada setiap pegawai.
Disediakan oleh : Muhammad Faiz bin Amir, PBSD Kuala Selangor
- JBS Selangor
- Hits: 325



