
BANDAR BARU SELAYANG, 27 MAC 2019 – Majlis Perundingan Belia Daerah (MPBD) Peringkat Daerah Gombak yang berlangsung pada jam 10.00 pagi di Bilik Permatang Kuarza, Pejabat Daerah dan Tanah Gombak. Pegawai Daerah dan Tanah Gombak YBhg. Dato' Amirul Azizan bin Abdul Rahim telah mempengerusikan MPBD Peringkat Daerah Gombak. Sidang tersebut dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor diikuti dengan Slot “Skill for Youth” oleh Puan Faridah Halina Zairi dari Coffe for Good Project.
Sidang tersebut dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Majlis Belia Selangor Daerah Gombak saudara Wan Mohd Azmeerdeen bin Mohd Zainodin dan seterusnya ucaptama dan perasmian oleh YBhg. Dato' Amirul Azizan bin Abdul Rahim yang mempengerusikan sidang MPBD Peringkat Daerah Gombak.
Sidang diteruskan lagi dengan pembentangan usul daripada Ahli Jawatankuasa MBS Daerah Gombak dan maklum balas daripada agensi kerajaan yang terlibat. Ianya berakhir dengan ucapan penangguhan oleh YBhg. Dato' Amirul Azizan bin Abdul Rahim.
Disediakan oleh : Mohd Syazwan bin Abdul Rahman, PBSD Gombak
- JBS Selangor
- Hits: 516






