
HULU SELANGOR, 16 MEI 2019 – Di bulan Ramadhan pada tahun ini, seramai 30 orang pelajar dan sukarelawan hadir di Rumah Taman Sinar Harapan dan melakukan aktiviti gotong-royong bagi membantu membersihkan kawasan rumah penghuni di sini. Pelajar juga menguruskan kendiri setiap penghuni dan memberi makan serta memberi layanan yang baik kepada mereka.
Program ini merupakan Program Impak ILKBS @Komuniti bagi Akademi Kemahiran Belia Golf dan selaku Pejabat Belia Dan Sukan, kami juga turut memberi khidmat bantu bagi memeriahkan lagi majlis yang berkat ini. Program diakhiri dengan Majlis Berbuka Puasa bersama penghuni bagi meraikan mereka. Semoga lebih banyak lagi anjuran khidmat komuniti seperti ini dilakukan bagi memberi kesedaran kepada semua orang akan golongan yang memerlukan ini.
Disediakan oleh : Umi Amira binti Amiruddin, PBSD Hulu Selangor
Disediakan oleh : Umi Amira binti Amiruddin, PBSD Hulu Selangor
- JBS Selangor
- Hits: 462








