
HULU SELANGOR, 22 MEI 2019 – Satu program Rakan Muda Kreatif (Rakan Masyarakat) telah diadakan di Pekan Kuala Kubu Bharu anjuran bersama PBSD Hulu Selangor dan AADK Hulu Selangor. Seramai 30 orang telah terlibat semasa penyediaan 3 periuk besar bubur lambuk untuk diagihkan kepada masyarakat sekitar.
Seramai 10 orang pelajar dari IKBN Peretak, pegawai-pegawai dari AADK dan PBSD Hulu Selangor turut hadir bagi membantu kelancaran program tersebut. Program berjalan lancar pada hari tersebut dan kesemua bungkusan bubur berjaya diagihkan kepada penduduk sekitar. Semoga aktiviti seperti ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan di antara dua agensi kerajaan ini.
Disediakan oleh : Umi Amira binti Amiruddin, PBSD Hulu Selangor
- JBS Selangor
- Hits: 421







