
SELAYANG BARU, 23 MEI 2019 - Program Rakan Masyarakat Moh Kacau Dodol dengan melibatkan Sukarelawan Siswa dan Siswi daripada UIAM Gombak.
Saudara Shalihin bin Bakhtiar, Komuniti Majlis Pewakilan Pelajar UIAM juga berkongsikan pengalaman beliau, “sebuah program yang menarik dengan melibatkan ngo-ngo belia lain sangat menarik sekali diadakan, kerana ia dapat mengeratkan lagi hubungan belia-belia di Gombak dengan masyarakat setempat. Tambahan lagi apabila suasana kacau dodol tersebut ceria dengan gelak tawa beserta iringan lagu-lagu raya. Walaupun aktiviti ini sangat memenatkan tetapi dengan kerjasama semua dari PBSD Gombak, MAYC , KBKS dan Mahasiswa-mahasiswi UIAM Gombak semua kawah dodol berjaya disiapkan dan dinikmati bersama. Ia merupakan pengalaman yang sangat baik untuk saya dan rakan-rakan.
Disediakan oleh : Mohd Syazwan bin Abdul Rahman, PBSD Gombak
- JBS Selangor
- Hits: 436








