- JBS Selangor
- Hits: 393
STAFF PBSD SABAK BERNAM TURUT HADIR MEMERIAHKAN SAMBUTAN HARI RAYA PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH SABAK BERNAM

SUNGAI BESAR, 28 JUN 2019 – Bertempat di dataran Pejabat Agama Islam Daerah Sabak Bernam telah berlangsung majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Agensi. Pelbagai juadah makanan seperti nasi impit, rendang, sate dan lain-lain tersedia untuk para tetamu yang hadir. Tetamu yang hadir terdiri daripada pelbagai kaum dan jantina. Turut hadir sama pemimpin-peminpin masayarakat seperti YB Tuan Muslimin bin Yahya, Ahli Parlimen Sungai Besar dan YB Dato’ Muhd Fasiah bin Muhd Fakeh, Ahli Parlimen Sabak Bernam. Hadir sama dalam Majlis Sambutan Hari Raya tersebut adalah Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Sabak Bernam, Puan Rozanah binti Adnan serta seluruh warga kerja Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam.
Disediakan oleh : Rozanah binti Adnan, PBSD Sabak Bernam
- JBS Selangor
- Hits: 393







