
PUTRAJAYA, 21 OGOS 2019 - “Alhamdulillah, tamat sudah bengkel selama tiga (3) iaitu pada 19 hingga 21 Ogos 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 13, Menara KBS. Banyak info telah dikongsikan dan saya akan mengaplikasikan maklumat tersebut di Jabatan kelak. Walaupun terasa beban dengan jawatan yang dipikul ini tetapi ia amat bermakna kerana lebih berilmu tentang ICT.” ujar Encik Azlan bin Sap, Pegawai Post Khidmat Negara, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah mengadakan Bengkel Teknikal ICT kepada wakil-wakil teknikal ICT di IKTBN/ IKBN, JBS Negeri, APBM, PPBM dan PPS seluruh negara. Objektif utama bengkel ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan ICT di kalangan wakil teknikal KBS sebagai 1st Level Support dalam memberi khidmat sokongan di pejabat/ jabatan masing-masing.
Disediakan oleh : Nurul Nadia binti Sallehuddin, Bahagian Pembangunan Rakan Muda
- JBS Selangor
- Hits: 325








