
AMPANG, 25 OGOS 2019 - Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Hulu Langat telah menganjurkan Festival Merdeka #PerpaduanDiHati 2019 di Padang Awam Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di sini.
Pelbagai pengisian patriotik telah diadakan bagi menyemarakkan Bulan Kemerdekaan Ke-62 ini antaranya Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik, Deklamasi Puisi Merdeka, Kayuhan Santai Merdeka dan pameran. Majlis perasmian festival 3 hari ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Ahli Parlimen Pandan.
Unit Komunikasi Korporat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor (UKK JBSS) telah dijemput mengadakan pameran sepanjang festival berlangsung yang turut disertai oleh Puan Umi Hani binti Abu Kassim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat.
Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat
- JBS Selangor
- Hits: 494







