
SUNGAI BESAR, 23 OGOS 2019 – Satu kunjung hormat antara Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam (PBSD), Puan Madekhah binti Mohamad Zam dengan Ahli Parlimen Sungai Besar, Tuan Muslimin bin Yahya telah diadakan pada 22 Ogos 2019. Perjumpaan ini lebih kepada sesi memperkenalkan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam yang baru. Selain itu Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam juga memaklumkan program-program yang akan dijalankan seperti Kursus Pengurusan organisasi (KPO). Pegawai juga memaklumkan program Bulan Sukan Negara, Malaysia Sport Challenge (MySC) 2019 yang akan diadakan sepanjang bulan Oktober 2019.
Disediakan oleh : Rozanah binti Adnan, PBSD Sabak Bernam
- JBS Selangor
- Hits: 398








