
SHAH ALAM, 3 JULAI 2019 - Kelab Kebajikan Keluarga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor (KKK JBSNS) telah menganjurkan Majlis Sambutan Aidilfitri Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor (JBSS) bersempena Perhimpunan Bulanan JBSS Bil. 2/2019 yang diadakan di sini.
Dalam ucapan oleh Yang Dipertua KKK JBSNS, Encik Mu’azamir bin Jili, beliau merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua hadirin yang sudi meluangkan masa menghadiri sambutan ini khususnya kepada Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Encik Sabran bin Abd. Bahar yang sentiasa memberikan sokongan jitu dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh KKK JBSNS.
Beliau juga mengharapkan agar setiap ahli KKK JBSNS sentiasa komited dan memberikan sokongan dalam setiap aktiviti yang dirancangkan di masa akan datang.
Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat
- JBS Selangor
- Hits: 373








