
BANTING, 11 JULAI 2019 - Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Mampan Bil. 7/2019 telah diadakan bertempat di Bilik Cempaka Kuning, Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Dipertua MDKL Tuan Mohammad Zain bin A Hamid. Puan Nazeela binti Zulkiflee selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat turut menghadiri mesyuarat tersebut. Semasa mesyuarat tersebut, pengerusi menyeru semua ahli mesyuarat untuk memberi sokongan terhadap Kempen #bebasplastik & Kempen #bebasstrawplastik di daerah ini yang masing-masing telah mula dilaksanakan pada Jun 2017 dan Mei 2019. Sokongan dapat ditunjukkan melalui tindakan mengurangkan penggunaan plastik sekali guna seperti beg plastik, polisterina dan straw plastik. Ini bertujuan untuk menangani masalah alam sekitar khususnya berpunca dari pencemaran dari barangan plastik sekali guna serta mewujudkan persekitaran yang bersih dan sihat.
Disediakan oleh : Marshamira binti Ahmad, PBSD Kuala Langat
- JBS Selangor
- Hits: 349








