
KLANG, 27 OGOS 2019 – Pegawai Belia dan Sukan Daerah Klang, Encik Azrul Hafiz bin Mohamad telah mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Klang untuk hadir ke Program Selangor International Sport Summit 2019 (SISS 2019) & Award For Asia 2019 yang berlangsung di Grand Ballroom, Sunway Resort Hotel & Spa, Petaling Jaya, hari ini. Turut hadir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Encik Sabran bin Abd Bahar.
Program yang berlangsung selama 1 hari ini bertujuan bagi membincangkan pembentangan dan perkongsian idea mengenai penganjuran kejohanan sukan bertaraf antarabangsa termasuk persiapan penganjuran Piala Dunia FIFA Qatar 2022. Selain itu, turut dibincangkan majlis pengiktirafan kepada para atlet terbaik dari Benua Asia.
Disediakan oleh : Mohamad Ali bin Mahat, PBSD Klang
- JBS Selangor
- Hits: 396








