GOMBAK, 31 JANUARI 2020 - Telah berlangsung Konvensyen Pemerdayaan Belia Mencegah Ekstremisme Peringkat Kebangsaan bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Gombak.
Konvensyen 3 hari ini antaranya bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan Belia terhadap isu keganasan ekstremisme melalui kaedah dialog, Forum serta sesi perkongsian bersama pihak yang terlibat. Turut serta dalam Konvensyen kali ini adalah Pegawai Belia dan Sukan daerah Gombak dan Pegawai Unit Sukan PBSD Gombak.
Beberapa slot menarik turut disajikan antaranya sesi perkongsian cerita berkenaan trend terrorisme dalam kalangan Belia, lawatan ke rumah-rumah ibadat serta sesi perkongsian rehabilitasi Belia.
Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh YBhg Datuk M. Noor Azman bin Taib, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Disediakan oleh : Mohd Syazwan Bin Abdul Rahman, PBSD Gombak
- JBS Selangor
- Hits: 599




