SUNGAI BESAR, 6 FEBRUARI 2020 – Bertempat di Bilik Mesyuarat Anggerik Majlis Daerah Sabak Bernam telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Kemasyarakatan Bil.1 Tahun 2020 bagi daerah SabakBernam. Mesyuarat telah di pengerusikan oleh Tuan Mohd Faizul Fitri bin Muslil, Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam. Antara agenda dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kemasyarakatan Bil.1 Tahun 2020 kali ini adalah cadangan program pelancongan bagi tahun 2020, pembentanagn laporan program-program bagi bukan Januari 2020 serta maklumbalas isu-isu semasa yang berkaitan dengan program dan kemasyarakatan. Dalam mesyuarat tersebut turut diadakan taklimat TEKUN daripada TEKUN Nasional Cawangan Sabak Bernam.
Hadir sama sama dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kemasyarakatan Bil.1 Tahun 2020 adalah YDH.Dato' Haji Baharin B.Hj Mat Akhir, Dato' Orang Kaya Maha Bijaya Orang Besar Daerah Sabak Bernam dan Puan Madekhah binti Mohamad Zam, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sabak BErnam serta seluruh ketua-ketua jabatan di daerah Sabak Bernam.
Disediakan oleh : Rozanah binti Adnan, PBSD Sabak Bernam
- JBS Selangor
- Hits: 490




