SABAK BERNAM, 11 FEBRUARI 2020 – Bertempat di Gelanggang Bola Keranjang Bagan Parit Baru Sungai Air Tawar, Sabak Bernam telah berlangsung Program Sukarelawan Gotong-Royong Menangani Denggi. Program ini anjuran Unit Vektor, Pejabat Kesihatan Daerah sabak Bernam dengan kerjasama semua agensi kerajaan di Sabak Bernam, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dalam daerah, komuniti setempat serta sukarelawan. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk menangani wabak denggi serta memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes dan menggalakkan masyarakat setempat menjalani kehidupan yang sihat serta bebes aedes.
Program telah dirasmikan oleh Tuan Haji Hamizar Sulaiman, Penyelaras ADUN Sungai Air Tawar. Hadir sama ketua-ketua Jabatan atau wakil serta Puan Rozanah binti Adnan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam.
Disediakan oleh : Rozanah binti Adnan, PBSD Sabak Bernam
- JBS Selangor
- Hits: 449


