- JBS Selangor
- Hits: 278
KVSAS MERDEKA AEROBICTHON 2019

TELOK PANGLIMA GARANG, 25 OGOS 2019 – Program KVSAS Merdeka Aerobicthon telah dilaksanakan dengan jayanya pd 25 Ogos 2019 bertempat di SMK Telok Panglima Garang. Program ini dianjurkan oleh Pelajar Tahun Akhir Diploma Pengurusan Perniagaan dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Fit & Gorgeous. Program ini dirasmikan oleh Timbalan Pengarah (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Puan Norazreen binti Sulaiman. Turut hadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat, Puan Nazeela binti Zulkiflee. Program ini juga turut diselitkan dengan nyanyian lagu Merdeka dan kibaran bendera Malaysia. Program berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang memberangsangkan dari masyarakat setempat.
Disediakan oleh : Marshamira binti Ahmad, PBSD Kuala Langat
- JBS Selangor
- Hits: 278







