SELAYANG PANDANG, 28 FEBRUARI 2020 – Aset-aset lama dan yang telah rosak di Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Gombak telah berjaya menjalani proses Pelupusan Aset Secara Musnah (PASM) dengan mendapat kelulusan dari Jabatan Belia dan Sukan Negara. Proses PASM ini melibatkan Jabatan Pelupusan Sisa Pepejal Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dengan menghantar seramai lima (5) orang kakitangan mereka beserta dua sebuah Lori Roro bagi melancarkan proses pelupusan aset PBSD Gombak.
Disediakan oleh : Mohd Syazwan bin Abdul Rahman, PBSD Gombak
KLANG, 28 FEBRUARI 2020 – Semalam telah berlangsungnya Lawatan Kerja Bersama YBhg Dato' Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ke TOP GLOVE SDN. BHD. dan CREATIVE CONTRACT SDN. BHD. Turut hadir, YBhg Tan Sri Dr. Lim Wee Chai, Executive Chairman dan Pengasas Top Glove Sdn. Bhd.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor mendapat jemputan untuk bersama-sama membuat lawatan dan Encik Azrul Hafiz bin Mohamad Pegawai Belia dan Sukan Daerah Klang hadir bagi mewakili Pengarah JBS Negeri Selangor.
Disediakan oleh : Mohd Safree bin Maarof, PBSD Klang
KLANG, 28 FEBRUARI 2020 – Telah berlangsungnya Bengkel Gaya Hidup Sihat Melalui Sukan yang dianjurkan oleh Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM) Daerah Klang semalam bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Jemaah Pandamaran Klang. Bengkel tersebut dirasmikan oleh Tuan Haji Badrul Hisham bin Mokhtar, Timbalan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Klang.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Klang telah dijemput untuk bersama-sama menjayakan program. Encik Mohd Safree bin Maarof Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Klang telah hadir ke program tersebut.
Disediakan oleh : Mohd Safree bin Maarof, PBSD Klang
KLANG, 28 FEBRUARI 2020 – Telah berlangsungnya Pertandigan Sukan Pusat Tahfiz Daerah Klang Anjuran Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Negeri Selangor dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Klang yang telah berlangsung pada 25 Februari 2020 (Selasa) bertempat di Kompleks Rakan Muda Klang. Pelbagai acara sukan dipertandingkan seperti futsal, ping pong, badminton, takraw dan bola jaring. Program tersebut telah dirasmikan oleh Encik Azrul Hafiz bin Mohamad, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Klang.
Disediakan oleh : Mohd Safree bin Maarof, PBSD Klang
JOHOR BAHRU, 27 FEBRUARI 2020 – YBrs. Encik Sabran bin Abdul Bahar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor telah hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Khas Teknikal Para SUKMA Bil. 1/2020. Mesyuarat telah diadakan di Hotel KSL, Johor Bahru pada 26 Februari 2020 (Rabu) jam 9.00 malam. Mesyuarat ini menjurus kepada perbincangan berhubung penyelarasan aspek teknikal/venue dan logistik bersama pihak Sekretariat SUKMA Johor dan juga Ketua Delegat Teknikal bagi sukan-sukan yang akan terlibat dalam Para SUKMA XX, Johor 2020.
Disediakan oleh : Rohani binti Rahamad, Bahagian Pentadbiran
SABAK BERNAM, 27 FEBRUARI 2020 – Bertempat di Dewan Sekolah Agama Menengah Bagan Terap, Sabak Bernam pada jam 3.00 petang satu taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda bagi daerah Sabak Bernam sempena Hari Kokurikulum Sekolah. Taklimat ini lebih kepada penyampaian penerangan pengurusan dan tatacara pengurusan pentadbiran dalam mengendalikan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Halim bin Md Isa, Pembantu Belia dan Sukan daerah Sabak Bernam. hadir sama dalam taklimat tersebut Ustaz Mohd Alim, Guru Penolong Kanan Sekolah Agama Menengah Bagan Terap Sabak Bernam serta Ustaz Mazlee Guru Kokurikulum Sekolah Agama Menengah Bagan Terap Sabak Bernam.
Disediakan oleh : Rozanah binti Adnan, PBSD Sabak Bernam
SABAK BERNAM, 27 FEBRUARI 2020 – Satu perjumpaan bersama instruktur senamrobik kecergasan telah diadakan semalam bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam. Perjumpaan ini adalah untuk membincangkan mengenai program FitMalaysia @Communiti Daerah Sabak Bernam yang akan diadakan sepanjang bulan Februari hingga Oktober. Objektif utama FitMalaysia @Communiti Daerah Sabak Bernam adalah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat di seluruh negara berpeluang untuk melibatkan diri di dalam aktiviti kecergasan yang membawa manfaat dari aspek kesihatan dan perpaduan.
Selain itu, menyediakan peluang peningkatan pengetahuan dan kemahiran di dalam aktiviti larian, berbasikal, Seni Mempertahankan Diri (SMD) dan aktiviti kecergasan. Ia juga untuk meningkatkan kesedaran masyarakat sehingga ke peringkat akar umbi terhadap kepentingan mengamalkan gaya hidup aktif dan cergas dan seterusnya merealisasikan hasrat kerajaan untuk mewujudkan sebuah masyarakat berbudaya sukan ke arah sebuah negara bersukan.
Hadir sama dalam perjumpaan ini adalah Puan Madekhah binti Mohamad Zam, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam. Turut hadir sama perjumpaan ini adalah Coach Syuhadah dan Coach Dahlia.
Disediakan oleh : Rozanah binti Adnan, PBSD Sabak Bernam
CYBERJAYA, 26 FEBRUARI 2020 – Program Selangor World Thinking Day (WTD) Run 2020 anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Selangor telah diadakan pada 23 Februari 2020 (Ahad) bertempat di Taman Tasik Cyberjaya. Larian sejauh 3.5 kilometer yang melibatkan ahli pandu puteri seluruh Negeri Selangor ini berjaya mengumpul seramai lebih 3,000 penyertaan. Turut hadir merasmikan majlis ialah Duli Yang Maha Mulia, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin. Lebih manis adalah Tengku Permaisuri berkenan mencemar duli bagi mengunjungi khemah pameran oleh agensi-agensi kerajaan. Unit Promosi dan Publisiti Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor turut menerima kunjungan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin dan mengadakan pertunjukan aktiviti ping pong.
Disediakan oleh : Zulhelmi bin Md. Pisol, PBSD Sepang
CYBERJAYA, 26 FEBRUARI 2020 – Kemeriahan Program Selangor World Thinking Day (WTD) Run 2020 anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Selangor pada 23 Februari 2020 (Ahad) yang lalu bertempat di Taman Tasik Cyberjaya mendapat jumlah penyertaan yang amat baik dari seluruh daerah. Program julung kali diadakan ini dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin. Para peserta pandu puteri terdiri daripada 3 kategori iaitu kategori tunas, kadet dan renjer berumur dari sekolah rendah hingga ke 30 tahun. Para peserta menunjukkan komitmen dan semangat perpaduan dan kesukanan berlari sejauh 3.5 kilometer sempena World Thinking Day.
Disediakan oleh : Zulhelmi bin Md. Pisol, PBSD Sepang
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231