SHAH ALAM, 28 JANUARI 2020 – Telah berlangsung Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor Bil. 1/2020 bertempat di Bilik Mesyuarat JBS Selangor, Plaza Perangsang, Shah Alam. Mesyuarat ini dihadiri oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah bagi membincangkan hal-hal pengurusan jabatan dan pejabat di daerah masing-masing. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sepang, Encik Ahmad Fahmi bin Abd Aziz turut hadir di mesyuarat yang bermula pada jam 11 hingga 4.30 petang. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Encik Sabran Bin Abd Bahar. Pelbagai program dan aktiviti dirangka bagi tahun 2020 demi membangunkan generasi belia Negeri Selangor ke arah yang lebih produktif.
Disediakan Oleh : Zulhelmi Bin Md. Pisol, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Sepang
- JBS Selangor
- Hits: 350



