KUALA KUBU BHARU, 18 FEBRUARI 2020 – Acara sukan berbasikal berprestij tahunan Le Tour De Langkawi 2020 edisi yang ke-25 telah bermula pada 07 hingga 14 Februari 2020. Peringkat yang ke-5 akan bermula di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor dan berakhir di Bandar Meru Jaya, Ipoh sejauh 165.8 km. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor turut hadir memeriahkan majlis pelepasan pelumba dan pasukan masing-masing pada 11 Februari 2020 (Selasa). Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Encik Sabran bin Abd Bahar bersama pegawai-pegawai Belia dan Sukan Daerah hadir memberikan sokongan kepada pelumba-pelumba dan penglibatan Daerah Hulu Selangor sebagai tempat bermula perlumbaan peringkat ke-5.
Disediakan oleh : Zulhelmi bin Md. Pisol, PBSD Sepang


- JBS Selangor
- Hits: 407






