SEPANG, 18 FEBRUARI 2020 – Pegawai Penerangan Derah Sepang, Encik Rozaimi bin Zakaria telah melakukan kunjungan hormat ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sepang pada 14 Februari 2020 (Jumaat) bagi menjalinkan kerjasama dan membincangkan program-program yang dapat diselaraskan bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sepang. Kunjungan itu disambut oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sepang, Encik Ahmad Fahmi bin Abd Aziz. Diharapkan segala perancangan dan penganjuran program dapat dijayakan bersama dengan lancar.
Disediakan oleh : Zulhelmi bin Md. Pisol, PBSD Sepang


- JBS Selangor
- Hits: 563








