KUALA KUBU BHARU,11 FEBRUARI 2020 – Pegawai Belia dan Sukan, Cik Look Xin Dey daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Selangor telah menghadiri Majlis Pelepasan Le Tour De Langkawi Peringkat Negeri Selangor bertempat di Kuala Kubu Bharu. Pelepasan Calvacade dan pengenalan pemenang jersi antara tumpuan orang ramai yang hadir pada hari ini.
Disediakan oleh : Muhammad Faiz bin Amir, PBSD Kuala Selangor
SEPANG, 10 FEBRUARI 2020 – Lawatan ke Gimnasium 1 Malaysia Daerah Sepang yang bertempat di Taman Seroja, Sepang telah diadakan bagi tujuan Pelaksanaan Perakuan Pelupusan (PEP) Daerah Sepang. Lawatan telah dijalankan oleh Encik Muzri Affandi Bin Jamaluddin, Pegawai Latihan Vokasional Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang. Turut hadir Encik Muhammad Hadi, pengurus Gym 1 Malaysia merangkap Pengerusi Kelab Gimnasium Rakyat Sepang. Kebanyakan aset berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan oleh pengguna namun beberapa teguran diberikan oleh Pegawai bagi penambahbaikan dilakukan oleh pengurus gimnasium.
Disediakan Oleh : Zulhelmi Bin Md. Pisol, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Sepang
CYBERJAYA, 09 FEBRUARI 2020 – Semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh belia-belia wanita sempena Kejohanan Bola Jaring 5 lawan 5 Piala Power Youth Tertutup Sepang amatlah baik dan menjadi contoh kepada belia-belia di luar sana untuk turut serta dalam aktiviti sukan dan bersatu padu dalam semangat kesukanan. Kejohanan ini dianjurkan oleh Youth Power Club Sepang dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sepang bertempat di D’Pulze Shopping Centre, Cyberjaya. Program sebegini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta dan penonton yang hadir. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sepang, Encik Ahmad Fahmi bin Abd Aziz turut hadir bagi memberikan sokongan.
Disediakan Oleh : Zulhelmi Bin Md. Pisol, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Sepang
CYBERJAYA, 09 FEBRUARI 2020 – Telah berlangsung Kejohanan Bola Jaring Piala Youth Power Tertutup Sepang yang diadakan di D’Pulze Shopping Centre, Cyberjaya. Kejohanan yang disertai oleh 24 pasukan ini dianjurkan oleh Youth Power Club dengan kerjasama daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sepang. Format pertandingan 5 lawan 5 diadakan bagi menghangatkan pertandingan dan menyememarakkan suasana bersukan secara sihat antara peserta disamping merebut hadiah wang tunai sebanyak RM 2,500. Diharapkan lebih banyak pertandingan dan program diadakan bagi mempromosikan gaya hidup yang sihat dan produktif bagi menjamin kesihatan dan kehidupan yang baik.
Disediakan Oleh : Zulhelmi Bin Md. Pisol, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Sepang
CYBERJAYA, 08 FEBRUARI 2020 – Kerja-kerja persiapan tempat sedang giat dijalankan bagi Kejohanan Bola Jaring Piala Youth Power Tertutup Sepang yang bakal diadakan pada 09 Februari 2020 bertempat di D’Pulze Shopping Centre, Cyberjaya. Kejohanan yang menawarkan jumlah hadiah sebanyak RM 2,500 bakal disertai oleh 24 pasukan bagi merebut gelaran Juara. Turut hadir bagi persiapan tempat ini ialah Encik Ahmad Fahmi Bin Abd Aziz, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sepang, Encik Muhammad Hafizan Bin Naimman, Pengerusi Youth Power Club dan Encik Zulhelmi Bin Md Pisol.
Disediakan Oleh : Zulhelmi Bin Md. Pisol, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Sepang
CYBERJAYA, 10 FEBRUARI 2020 – Telah berlangsung Mesyuarat Pelaksanaan Fun Run Selangor Marathon Sempena Tahun Melawat Sepang 2020 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Semarak, Majlis Perbandaran Sepang. Mesyuarat telah dihadiri oleh agensi yang berkaitan bagi melancarkan program dari segi urusan jawatankuasa dan tanggungjawab. Program yang bakal diadakan di Sepang International Circuit (SIC) pada 22 dan 23 Februari ini dijangka akan disertai seramai 8 ribu peserta dari seluruh negara disamping dapat mempromosikan Tahun Melawat Sepang 2020. Pelbagai hadiah dan aktiviti yang menarik disediakan sepanjang program ini . Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sepang, Encik Ahmad Fahmi Bin Abd Aziz hadir ke mesyuarat tersebut.
Disediakan Oleh : Zulhelmi Bin Md. Pisol, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Sepang
KLANG, 10 FEBRUARI 2020 – Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Klang menerima lawatan Pegawai Pelupusan Aset dari Institut Kemahiran Belia Negara Sepang En Zambor Bin Mahfudz. Tujuan Lawatan tersebebut adalah bertujuan untuk pelaksanaan perakuan pelupusan (PEP) KEW.PA.19 Peralatan Aset Alih Kerajaan DI Gimnasium Rakyat Pandamaran Klang, Selangor.
Turut hadir lawatan tersebut En Mohd Safree Bin Maarof Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Klang.
Disediakan oleh : Mohd Safree Bin Maarof, PBSD Klang
KUALA KUBU BHARU, 12 FEBRUARI 2020 - Kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 telah kembali lagi dan pada edisi ke 25 kali ini, Negeri Selangor telah dipilih bagi laluan Peringkat ke 5 dari Kuala Kubu Bharu ke Bandar Meru Jaya yang melibatkan jarak sejauh 165.8 kilometer.
Sebanyak 21 buah pasukan telah menyertai kejohanan kali ini yang juga melibatkan 3 pasukan dari Malaysia iaitu Terengganu Cycling Team, Team Sapura Cycling dan Pasukan Kebangsaan Malaysia. Majlis pelepasan Peringkat ke 5 Kejohanan LTdL 2020 ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Khairuddin bin Othman, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.
Majlis pelepasan ini turut dihadiri oleh Puan Umi Hani binti Abu Kassim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat (PBSDHL) dan Encik Muhammad Mazli bin Haji Mustafa, Pegawai Unit Sukan PBSDHL.
Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat
BESTARI JAYA,10 FEBRUARI 2020 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Selangor yang diwakili oleh Encik Ibrahim Bin Bujang dan Encik Muhammad Khairul Zafri telah menghadiri Program Slot Cakna Minda bertajuk “From Zero to Hero” bertempat di Dewan Lestari Kolej Vokasional Kuala Selangor (KVKS). Pengisian program ini adalah berkaitan pendedahan perkara yang berkisar dengan isu semasa, pendidikan, kerohanian, keusahawanan dan tanggungjawab sosial.
Disediakan oleh : Muhammad Faiz bin Amir, PBSD Kuala Selangor
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231