
HULU SELANGOR, 28 OGOS 2019 – Satu projek rintis iaitu Program 10, 000 Langkah anjuran Felda Soeharto telah diadakan di Pejabat Pengurus Felda Soeharto dan dihadiri oleh wakil PBSD Hulu Selangor iaitu Encik Metdriyanto bin Zakaria. Program ini diadakan untuk penduduk Felda Soeharto bagi membimbing dan mendidik agar mereka mengamalkan gaya hidup sihat.
Program ini juga adalah bagi persediaan bagi menyambut Bulan Sukan Negara, MySC yang akan berlangsung pada bulan Oktober nanti.
Semoga program seperti ini akan lebih banyak diadakan agar penduduk sekitar dapat mengamalkan gaya hidup sihat seperti ini.
Disediakan oleh : Umi Amira binti Amiruddin, PBSD Hulu Selangor
- JBS Selangor
- Hits: 335









