
SEDANAN, 3 MEI 2016 – Cawangan Pembangunan Potensi, Bahagian Pembangunan Rakan Muda di bawah Projek Angkat dan Upaya (PADU) telah menganjurkan Program Rehabilitasi di Sedanan Outdoor Camp, Tebong, Melaka pada 30 April hingga 2 Mei 2016. Program ini merupakan salah satu elemen utama dalam PADU iaitu bertujuan mempupuk semangat jati diri, keyakinan serta kerjasama sesama peserta.
Seramai 30 orang peserta di bawah bimbingan 12 orang Pekerja Belia (PB) dan seorang pegawai menyertai program selama tiga hari dua malam ini. Antara aktiviti utama yang dijalankan ialah solo night walk, kembara-ikhtiar hidup, water confident, akustika rimba dan beberapa aktiviti berbentuk team building. Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Encik Azrul Hafiz Bin Mohamad, Penolong Pengarah Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.
Rata-rata dalam kalangan peserta sangat gembira sepanjang program walaupun pada awalnya ada peserta yang tidak mahu pergi mengikuti program. Selain itu mereka berharap program sebegini dapat diadakan lagi dan mereka begitu teruja dan bersemangat untuk mengikuti program seterusnya.
Disediakan oleh :
Hafizzul Mu’az Bin Abdul Manaf (
Pekerja Belia JBSN Selangor
- JBS Selangor
- Hits: 433






