
PETALING JAYA UTARA, 21 FEBRUARI 2016 – Demikian antara seruan yang Yang Berbahagia Dato’ Ikhwan Salim selaku Yang Dipertua Jawatankuasa Persatuan Penduduk Pangsapuri Sri Aman dalam ucapan alu-aluannya ketika merasmikan ‘Program Gotong Royong – Sentuhan Nurani,Sentuhan Dari Hati’ anjuran bersama Kelab Sukan dan Rekreasi Petaling Jaya Utara, Persatuan Penduduk Pangsapuri Sri Aman dan Surau Addiniah Sri Aman. Program ini telah berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk dan penghuni Pangsapuri Sri Aman dengan matlamat mewujudkan persekitaran yang bersih disamping merealisasikan visi kawasan bebas nyamuk ‘Aedes’ dan penyakit denggi.
Penganjur berasa amat bersyukur dan berterima kasih atas sambutan dan kerjasama yang diberikan oleh seluruh penduduk Pangsapuri Sri Aman dalam merealisasikan objektif program yang bukan sekadar mengerah kudrat dalam usaha membersihkan kawasan penempatan serta membanteras penyakit berjangkit, malah mampu mengeratkan ukhwah dan silturrahim.
Disediakan Oleh : Mohd Shakir Bin Nawawi (PBSD Petaling)
- JBS Selangor
- Hits: 458






