
SABAK BERNAM, 10 MAC 2016 – Penilaian Anugerah Pertubuhan Belia Negara peringkat Daerah Sabak Bernam telah berlangsung di Pharit Baru, Sabak Bernam. Kelab Belia Era Baru (MAYC) Pharit Baharu Pekan merupakan calon bagi Daerah Sabak Bernam di bawah kepimpinan saudara Mohd Hakim bin Mohd Nor yang merupakan Ahli Parlimen Belia Daerah ini.
Majlis dimulakan dengan beberapa persembahan silat sempena menyambut kedatangan ahli-ahli panel. Manakala acara pemotongan kek dibuat sebagai gimik perasmian. Majlis perasmian telah di rasmikan oleh penaung Kelab Era Baru (MAYC), Y.Bhg. Datuk Abdul Rahman bin Bakri dan juga mantan Ahli Parlimen Malaysia.
Disediakan Oleh: Rozanah binti Adnan (PBSD Sabak Bernam)
- JBS Selangor
- Hits: 441







