KUALA LANGAT, 15 OKTOBER 2016 –Kelab Gimnasium 1Malaysia Daerah Kuala Langat telah mengadakan gotong royong membersihkan Gimnasium 1Malaysia Daerah Kuala Langat. Gimnasium ini terletak bersebelahan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat, kira-kira 2kilometer dari Pekan Banting.
Gotong royong ini diketuai oleh saudara Encik Shahrul Nizam bin Mukhsin, Pengerusi Kelab Gim Rakyat Kuala Langat dan ahli jawatankuasa kelab itu sendiri. Tujuan gotong royong ini diadakan adalah untuk memastikan gimnasium ini bersih, kemas dan teratur untuk keselesaan pengguna.
Antara aktiviti yang dijalankan semasa gotong royong ini ialah membersihkan longkang sekeliling gim, menyapu sampah, mengelap cermin dan tingkap, mengecat serta menyelenggara peralatan gim. Selain itu juga, melalui gotong royong ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim diantara ahli-ahli Kelab Gimnasium Kuala Langat yang lama dengan ahli yang baru mendaftar.
Disediakan Oleh : Marshamira binti Ahmad ( PBSD Kuala Langat )
- JBS Selangor
- Hits: 559








