LEMBAH BERINGIN, 29 MEI 2016 - Pertandingan Golf Antara Kampung telah berjaya di adakan pada 28 Mei yang lalu bertempat di Lembah Beringin Golf Club dengan penyertaan seramai 21 buah pasukan di mana setiap pasukan diwakili oleh tiga orang pemain. Dua orang pemain di dalam sebuah pasukan mestilah mempunyai kaitan dengan nama pasukan yang diwakili seperti tempat lahir, taraf mastautin dan berkaitan anak jati Hulu Selangor.
Antara pasukan yang bertanding dan memberi saingan sengit adalah Pasukan Rasa A, Taman Desa Kelisa, Kerling, Ampang Pecah, Sungai Tengi Selatan, Felda Sungai Tengi dan Bukit Sentosa. Pertandingan Golf Antara Kampung ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Yayasan DMI iaitu Dato Mohd Isa Bin Abu Kasim.
Disediakan Oleh: Mohd Syazwan Bin Abdul Rahman (PBSD Hulu Selangor)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
GOMBAK, 29 MEI 2016 - Parlimen Belia Malaysia ini merupakan satu platform kepada belia untuk bersuara, berpeluang mengutarakan isu- isu berkaitan belia, memberi pendedahan awal mengenai sistem demokrasi berparlimen dan menjadi pengantaraan belia dengan kerajaan. Parlimen Belia Malaysia bertujuan untuk melatih dan melahirkan barisan pelapis kepimpinan muda yang berkaliber dan berwibawa sejajar dengan keperluan Negara masa kini dan masa hadapan.
Jelajah Daerah Gombak sempena Daftar Pemilih Parlimen Belia Malaysia giat dilaksanakan sejak bulan April 2016. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak menyertai program- program yang dianjurkan oleh IPTA, IPTS, sekolah dan agensi kerajaan seperti kempen, karnival dan program yang bersesuaian bagi mengadakan Slot Pameran dan Taklimat Daftar Pemilih Parlimen Belia Malaysia yang mensasarkan sebanyak 3500 orang yang berdaftar sebagai pemilih di Daerah Gombak.
Siri jelajah ini telah memasuki slot Kempen Pencegahan Kesihatan yang diadakan di Jabatan Komunikasi, Universiti Islam Antarabangsa dan Karnival Kesejahteraan Keluarga yang diadakan di Dewan Orang Ramai Batu 6 Rawang. Jelajah ini akan memasuki sekolah- sekolah, IPTA, IPTS dan kolej secara berperingkat.
Disediakan oleh : Nul Widaya Mohamed Nawi (PBSD Gombak)
GOMBAK, 29 MEI 2016 - Karnival Kesejahteraan Keluarga 2016 anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Gombak telah diadakan di Dewan Orang Ramai Batu 6 Rawang. Program ini mendapat kerjasama agensi- agensi kerajaan di Daerah Gombak dan juga Pasukan Perlindungan Kanak- kanak. Seramai 500 orang yang terlibat menjayakan program ini di kalangan kanak- kanak, remaja dan juga golongan dewasa.
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan pengisian program yang padat dan menarik sepanjang berlangsung. Program ini dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor dan beliau amat berpuas hati dengan acara yang di laksanakan. Antara acara yang dilaksanakan ialah pemeriksaan kesihatan percuma, aerobik, pameran agensi kerajaan, pertandingan mewarna, slot permainan berbentuk kecergasan dan lain- lain lagi.
Antara objektif program ini ialah menyedari peranan ibubapa serta penjaga dalam intervensi sosial individu dan ahli keluarga untuk meningkatkan kefungsian keluarga. Selain itu, meningkatkan penghayatan nilai moral dan etika yang tinggi dalam pemeliharaan dan penjagaan kanak- kanak serta menggalakkam penyertaan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan ke arah mewujudkan jalinan kerjasama bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada kumpulan sasar jabatan terutama kanak- kanak.
SHAH ALAM, 29 MEI 2016 –Program Fit Masjid Peringkat Negeri Selangor bagi pertama kalinya telah berlangsung pada 28 Mei 2016 di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong yang lalu dan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Y.B Encik Khairy Jamaluddin.
Diantara pengisian program Fit Masjid adalah pameran daripada pelbagai agensi dan turut dibuka kaunter Promosi Pendaftaran Parlimen Belia Malaysia. Objektif Promosi Parlimen Belia Malaysia adalah untuk menarik golongan belia yang berumur 15-40 tahun untuk mendaftar dan mengemaskini maklumat pemilih yang terkini.
Kaunter Promosi bermula dari jam 6.30 pagi setelah selesainya program kuliah subuh yang disampaikan oleh Dato Ustaz Kazim Bin Elias. Seterusnya pendekatan promosi ini berjaya mendaftarkan seramai 140 pemilih baru.
Disediakan Oleh: Nur Ain Binti Nor Azaman
(Praktikal Bahagian Pembangunan Belia)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
CYBERJAYA, 26 MEI 2016 – Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah menganjurkan satu rangkaian Promosi Pendaftaran Baru dan Kemaskini Maklumat Pemilih Parlimen Belia Malaysia sempena program “The Talk Inspire Today’s Talent” yang diadakan pada 25 Mei 2016 di Cyberview Spa and Resort.
Program ini bermula dengan satu majlis perasmian yang dirasmikan oleh Pengerusi Kumpulan Amanah Wang Persaraan merangkap sebagai Pengerusi Malaysia Development Berhad Tan Sri Irwan Serigar Abdullah. Program rangkaian promosi ini bermula pada pukul 8.30 pagi dan tamat pada pukul 12.00 tengah hari.
Seterusnya, program promosi ini telah berjaya menarik golongan belia seramai 200 orang untuk menyertai mendaftar dan mengemaskini maklumat pemilih. Untuk makluman, Program Parlimen Belia Malaysia merupakan inisiatif kerajaan untuk menaikkan suara belia di peringkat kerajaan. Objektif Program Parlimen Belia ini adalah untuk menggalakan golongan belia bersama kerajaan untuk melaksanakan dasar kerajaan melalui suara belia.
Disediakan Oleh : Shaiful Iqram Bin Jais
(Praktikal Bahagian Pembangunan Belia)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
KUALA LANGAT, 25 MEI 2016 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama IKBN Kuala Langat telah mempromosikan Pendaftaran Baru dan Kemaskini Maklumat Pemilih Parlimen Belia Malaysia sempena Perhimpunan Bulanan IKBN Kuala Langat .
Taklimat ringkas disampaikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Klang, Encik Shamsul Hafis Bin Noraini selama 30 minit. Sesi soal jawab dibuka kepada para pelajar untuk lebih mendapat interaksi dua hala yang berkesan. Promosi ini untuk menggalakan golongan belia agar lebih dekat bersama kerajaan dalam melaksanakan dasar kerajaan melalui suara belia.
Pameran serta pendaftaran secara manual dan online turut diadakan di perkarangan luar dewan. Program ini telah menarik seramai 450 orang pelajar dari IKBN Kuala Langat.
Disediakan Oleh: Fuad Bin Abdul Rahman
(Praktikal Bahagian Pembangunan Belia)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
JUGRA, 23 MEI 2016 – Majlis Belia Selangor dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor berjaya menyatupadukan lebih 20,000 belia sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Selangor di Kolej Matrikulasi Selangor semalam.
Program yang dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Y.B. Datuk Seri Noh Omar itu memupuk semangat perpaduan berbilang bangsa sekali gus mewujudkan gelombang anak muda di Selangor yang sentiasa aktif.
Hadirsama, Presiden Majlis Belia Selangor, Y.B.Dato’ Haji Irmohizam Bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Encik Mohd Nor BiN Md Said, Timbalan Presiden, Encik Hafez Bin Shuriddin.
Pada sambutan yang diadakan, Kelab Belia Era Baru (MAYC) Pharit Bahru Pekan, Sabak Bernam merangkul Johan Anugerah Perdana Belia Negara Kategori Pertubuhan Belia, manakala Kelab Belia Medan Batu Caves, Gombak di tempat kedua.
Sementara itu, Johan Anugerah Perdana Belia Negara Kategori Lelaki disandang oleh Mohammad Aizad Juraimi dari Kuala Selangor manakala tempat kedua dan ketiga disandang Zairy Rosli dari Klang dan Idi Johan Mohd Zohdi dari Sabak Bernam.
Bagi Anugerah Perdana Belia Negara Kategori Wanita pula, Johan disandang oleh Wani Ishak@Taib dari Hulu Selangor, temapat kedua dimenangi Nor Farhana Alham dari Sabak Bernam dan tempat ketiga milik Norzakiah Azmi dari Klang.
Manakala, lima penerima Pingat Bakti Belia 2016 iaitu Hafez Shuriddin, Mohd Sahrunnizam Sulaiman, Ismail Marjunid, S.Balaganesh dan Shahrul Nizam Shamsuddin.Pelbagai program dianjurkan termasuk sukan, karnival, pameran, dan riadah untuk menarik kehadiran pengunjung.
Disediakan Oleh: Bahagian Pembangunan Belia JBSN Selangor
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
DAMANSARA UTAMA, 10 MEI 2016 – Aktiviti sukan bowling semakin mendapat tempat di hati para belia. Sukan bowling merupakan salah satu aktiviti sukan yang banyak faedahnya selain boleh dijadikan kerjaya juga boleh dijadikan sebagai hobi di hujung minggu bersama kawan-kawan atau bersama keluarga tersayang.
Majlis Belia Selangor telah menganjurkan satu Program Santai Bowling Majlis Belia Selangor 2016. Pihak penganjur telah tarikh 9 Mei 2016 bermula 8.30 malam dan memilih U-Bowl Centre, One Utama sebagai lokasi penganjuran program. Program yang agak sederhana ini mendapat sambutan yang agak menggalakkan dari kalangan belia dan semua ahli majlis.
Seramai lebih kurang 144 orang peserta telah menyertai program tersebut dengan jayanya. Pelbagai hadiah disediakan untuk para pemenang antaranya hamper dan juga wang tunai. Program yang dianjurkan secara cross-lane dikira berdasarkan 2 kategori iaitu individu dan juga berpasukan.
Majlis perasmian dan baling mula program telah disempurnakan oleh Presiden Majlis Belia Selangor, Y.B. Dato’ Haji Irmohizam Bin Ibrahim. Tujuan utama penganjuran program ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara ahli majlis sama ada di peringkat Negeri mahupun Daerah. Selain itu, dapat menambah ilmu dari segi kepimpinan dalam organisasi dan dapat mengenal ahli majlis dalam organisasi yang baru. Aktiviti sebegini juga dapat memberi kesempatan kepada ahli majlis untuk bertukar-tukar buah fikiran dan idea. Turut hadir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Encik Mohd Nor Bin Md Said dan beberapa kumpulan jemputan dari kalangan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dan Kumpulan Media daripada Sinar Harian serta TV Al-Hijrah.
Disediakan Oleh: Noormala Binti Badri (Bahagian Pembangunan Belia)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
KUALA TAHAN, 6 MEI 2016 – Program Perkhemahan Explorasi Jalinan Mesra Taman Negara telah diadakan di Nusa Holiday Village, Taman Negara, Pahang. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Belia & Sukan Daerah Kuala Langat dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kuala Langat. Program ini dijalankan selama 4 hari 3 malam yang melibatkan 50 orang peserta.
Antara pengisian program adalah aktiviti mendirikan khemah, XPDC ke Taman Negara, Canopy Walk, bantu mula (teori dan praktikal), Kem Kraf serta pendedahan kepada aktiviti memasak. Sepanjang program berlangsung para peserta telah menunjukkan komitmen dan minat yang tinggi dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Program ini berakhir dengan penyampaian sijil penyertaan kepada peserta yang disampaikan oleh Penolong PPD Hal Ehwal Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat, Encik Zulkifli bin Mohamed. Semoga dengan adanya program ini memberi peluang kepada golongan remaja untuk mengikuti aktiviti rekreasi serta dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
Disediakan Oleh: Marshamira binti Ahmad (PBSD Kuala Langat)
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231