
SHAH ALAM, 18 APRIL 2016 - FitFest Selangor anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama AEON Mall Shah Alam telah diadakan selama dua hari bertempat di Centre Court, Aeon Mall Shah Alam. Antara acara-acara yang dipertandingkan adalah Aerobicthon Challenge, Aerofit Challenge, Rhythimic Skipping Challenge dan Mr. Body Smart. Bermula jam 10 pagi, pembukaan festival ini telah diwarnai dengan persembahan Flashmob dan Aerobicthon Challenge dan diketuai oleh Instruktor Senamrobik yang bertauliah, Puan Belinda.
Program kecergasan ini diteruskan dengan Majlis Perasmian Pembukaan FitFest Selangor oleh Pegawai Kemajuan Negeri Selangor, Y.Bhg. Dato’ Mohd Rosli bin Ramli, dan juga turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Encik Mohd Nor bin Md Said dan Pengurus AEON Mall Shah Alam, Cik Sherry Heng. Program diteruskan dengan Aerofit Challenge dan Saujanarians Team telah merangkul hadiah johan disusuli dengan Shazzy’s Team Naib Johan dan Shahnaz Team, tempat ketiga. Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Encik Mohd Nor bin Md Said.
Hari kedua diserikan lagi dengan Rhythmic Kipping Challenge yang mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada pelajar peringkat Pra-sekolah, Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah di seluruh Negeri Selangor.
Festival ini bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan aktiviti sukan dan kecergasan dalam memberi penekanan kepada integrasi antara semua lapisan masyarakat dalam ketiga-tiga aktiviti tersebut untuk mencapai matlamat ke arah gaya hidup aktif, cergas dan sihat.
Disediakan Oleh: Suhaila binti Noordin (Bahagian Pembangunan Sukan)
- JBS Selangor
- Hits: 583








