
KUALA KUBU BHARU, 24 OGOS 2019 – Satu program rekreasi anjuran PBSD Sabak Bernam telah dianjurkan di sekitar kawasan Hulu Selangor dan turut disertai oleh wakil daripada PBSD Hulu Selangor bagi memberi sokongan untuk menjayakan program tersebut. Program ini dianjurkan bagi mempromosikan Bulan Sukan Negara MySC Selangor 2019 yang akan berlangsung pada bulan Oktober nanti.
Aktiviti dimulakan seawal 7.30 pagi dan mula mendaki Bukit Dua Ringgit di Bukit Beruntung dan seterusnya ke air terjun Sg Chilling di Kuala Kubu Bharu dan diakhiri di destinasi terakhir iaitu di Bukit Fraser, Pahang. Seramai 25 orang peserta yang menyertai program ini dan ucapan terima kasih diucapkan kepada PBSD Sabak Bernam kerana memilih kawasan Hulu Selangor sebagai destinasi bagi menjayakan program ini. Semoga lebih banyak lagi program seperti ini dijalankan.
Disediakan oleh : Umi Amira binti Amiruddin, PBSD Hulu Selangor
- JBS Selangor
- Hits: 332









