- JBS Selangor
- Hits: 363
MAJLIS JALINAN AIDILFITRI, APRESIASI HASIL DAN HARI BERTEMU PELANGGAN DAERAH KUALA LANGAT 2019

BANTING, 27 JUN 2019 - Pada 26 Jun yang lalu, bertempat di Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat telah berlangsung Majlis Jalinan Aidilfitri, Apresiasi Hasil dan Hari Bertemu Pelanggan Daerah Kuala Langat 2019. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat diwakili oleh Puan Nazeela binti Zulkiflee, Puan Nor Hasida binti Saharsemi, Puan Ruzalin binti Mohamad Noh dan Encik Shahrul Nizam bin Abdul Rashid telah berkesempatan untuk memenuhi jemputan ke majlis tersebut. Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan Majlis Penyampaian Cabutan Bertuah “Jom Bayar dan Menang” kepada pembayar-pembayar cukai Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat. Uniknya majlis kali ini bertemakan Sajian Makanan Jawa yang sinonim dengan majority penduduk di daerah ini yang terdiri daripada masyarakat keturunan Jawa.
Disediakan oleh : Marshamira binti Ahmad, PBSD Kuala Langat
- JBS Selangor
- Hits: 363








