SHAH ALAM, 28 JUN 2019 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor meneruskan amalan murni iaitu bacaan Yassin pada setiap hari Jumaat yang telah disertai kira-kira seramai 25 orang pegawai dan kakitangan. Bacaan Yassin yang bermula jam 9.00 pagi itu telah diketuai oleh Encik Sazali bin Abdul Samad, Penolong Pegawai Belia dan Sukan daripada Bahagian Pembangunan Rakan Muda. Semoga dengan bacaan Yasin ini dapat memberi keberkatan dan kemudahan urusan kepada semua warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dalam melaksanakan tugasan di pejabat.
Disediakan oleh : Rohani binti Rahamad, Bahagian Pentadbiran
- JBS Selangor
- Hits: 487







