
SHAH ALAM, 28 MEI 2019 – Sempena Sambutan Hari Belia Negara (HBN) dan ‘Youth Business EXPO’ (yBEX) Peringkat Negeri Selangor, satu mesyuarat telah diadakan pada hari ini yang dipengerusikan oleh YB Tuan Mohd Khairuddin bin Haji Othman, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor. HBN dan yBEX @Selangor akan berlangsung pada 28 hingga 30 Jun 2019 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di The Summit Subang USJ, Subang Jaya.
Sebanyak 21 aktiviti, 29 booth pameran dan 25 booth jualan bakal disediakan oleh pihak penganjur. Kumpulan sasaran bagi HBN adalah belia bersekolah, belia berpengajian tinggi, belia berkerjaya, belia berisiko dan lain-lain lagi. Bagi yBEX pula, kumpulan sasarannya adalah daripada usahawan anak muda atau bakal usahawan, usahawan daripada program-program KBS dan lain-lain, usahawan kreatif, persatuan usahawan/ kelab/ Ngo dan ramai lagi.
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Belia Negara (HBN) & Youth Business EXPO (yBEX) @Selangor ditangguhkan pada jam 11.30 pagi.
Disediakan oleh : Azlan bin Sap, Bahagian Pembangunan Rakan Muda
- JBS Selangor
- Hits: 344








