
PAYA JARAS, 28 MEI 2019 – Satu sesi lawatan ke Gelanggang Futsal 1 Malaysia (GF1M) di Jalan Kubu Gajah 2, Paya Jaras telah diadakan. Lawatan ini bertujuan untuk mengenalpasti kerosakan dan keperluan untuk di laporkan kepada pihak KBS. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Petaling, Puan Suhailah binti Mohd Sa’at bersama dengan Encik Ridzuan bin Haji Ali dari Pejabat Belia dan Sukan daerah Petaling.
GF1M Kampung Kubu Gajah 2 merupakan tempat tumpuan golongan muda di kampung ini di setiap petang untuk bermain futsal. Lokasinya juga strategik, iaitu berada berdekatan kawasan perkampungan yang berpenduduk ramai, Bilik Gerakan KRT dan berdekatan dengan masjid sekaligus menjadikan tempat ini pilihan untuk aktiviti riadah petang.
Disediakan oleh : Ridzuan bin Haji Ali, PBSD Petaling
- JBS Selangor
- Hits: 575








