
KLANG, 1 JULAI 2019 - Program Rakan Muda Kreatif Daerah Klang 2019 telah berlangsung pada 29 Jun 2019 (Sabtu) yang bertempat di Bukit Setia Ecopark, Setia Alam dengan penyertaan seramai 52 orang peserta.
Objektif program adalah untuk mewujudkan komuniti yang saling berhubungan antara sub komuniti dan individu melalui plebagai kegiatan Gaya Hidup Rakan Muda yang relevan serta menepati citarasa golongan muda masa kini. Tambahan lagi, program ini adalah untuk membentuk sikap dan membangunkan imej golongan muda dengan penerapan nilai-nilai positif yang akan menyumbang kepada pembangunan komuniti, bangsa dan negara.
Encik Faizul Ganapathy bin Abdullah, Timbalan Pengarah Rakan Muda bersama Encik Sazali bin Abdul Samad, Pegawai Cawangan Pembangunan Gaya Hidup turut hadir memberi sokongan kepada program tersebut.
Disediakan oleh : Nurul Nadia binti Sallehuddin, Bahagian Pembangunan Rakan Muda
- JBS Selangor
- Hits: 320









