- JBS Selangor
- Hits: 338
TUAN PENGARAH DAN PEGAWAI JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SELANGOR HADIR KE MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2019

BANGI, 15 MEI 2019 – Encik Sabran bin Abd Bahar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor bersama Pegawai Belia dan Sukan Daerah telah hadir ke Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara 2019. Majlis telah berlangsung di Dewan Canselor Tuan Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Majlis yang bermula kira-kira jam 4.30 petang itu dihadiri oleh YB Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan ucapan perasmian disempurnakan oleh Y.A.B. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.
Disediakan oleh : Rohani binti Rahamad, Bahagian Pentadbiran
- JBS Selangor
- Hits: 338






