- JBS Selangor
- Hits: 358
MESYUARAT PENYELARASAN LE TOUR DE LANGKAWI 2019 PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR

KUALA KUBU BHARU, 20 MAC 2019 – Satu mesyuarat penyelarasan Le Tour De Langkawi (LTdL) 2019 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Hulu Selangor dan dihadiri oleh semua agensi-agensi kerajaan. Mesyuarat ini adalah untuk membuat persiapan dan perbincangan tentang peranan dan tugas-tugas pegawai yang terlibat pada hari berikut.
PBSD Hulu Selangor telah dilantik untuk menjadi urusetia daerah ketika acara dijalankan bagi memastikan acara tersebut berjalan dengan lancar. Taklimat juga telah disampaikan oleh Sekretariat Le Tour De Langkawi iaitu dari syarikat Human Voyage (M) Sdn.Bhd. Semoga acara yang berprestij tinggi ini akan berjalan dengan lancar dan gilang-gemilang.
Disediakan oleh : Umi Amira binti Amiruddin, PBSD Hulu Selangor
- JBS Selangor
- Hits: 358





