SUNGAI BESAR, 19 Mac 2019 – Telah berlangsung satu Kejohanan Majlis Sukan Sukan Daerah bagi sukan Ragbi Rimau (Fit Touch) di Sekolah Kebangsaan Binjai Jaya, Sungai Besar., Encik Shah Iqbal Jamalullail bin Nadmilail, Pegawai Belia dan SUkan Daerah Sabak Bernam telah dijemput bagi merasmikan perasmian penutup kejohanan Majlis Sukan Sukan Daerah bagi sukan Ragbi Rimau (Fit Touch) di sekolah tersebut.
Turut hadir sama Guru Besar Sekolah Kebangsaan Binjai Jaya Sungai Besar iaitu Tuan Ajini bin Ishak. Pejabat Belia dan SUkan daerah Sabak Bernam mengucapkan tahniah kepada Sekolah Kebangsaan Binjai Jaya Sungai Besar kerana muncul Juara peringkat Daerah dalam kejohanan ini.
Disediakan oleh : Rozanah Binti Adnan, PBSD Sabak Bernam
- JBS Selangor
- Hits: 525

