PUTRAJAYA, 1 MAC 2019 - Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) telah melancarkan Indeks Budaya Sukan Malaysia di sini.
Indeks yang bertujuan untuk mengukur trend dan tahap budaya sukan dikalangan rakyat Malaysia ini telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Yang Berhormat Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman selaras dengan pengukuran pencapaian sasaran 50% rakyat Malaysia membudayakan sukan menjelang tahun 2020.
Program ini turut dihadiri Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat, Encik Syed Mashor bin Wan Mahbar mewakili Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.
Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat
- JBS Selangor
- Hits: 436







