

KUALA KUBU BHARU, 27 FEBRUARI 2019 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Selangor mengucapkan selamat datang kepada Puan Izurra binti Zainal Fuadi dan Encik Metdriyanto bin Zakaria yang telah ditugaskan di pejabat daerah ini. Puan Izurra bertugas sebagai Pembantu Tadbir adalah bekas kakitangan Biro Tatanegara Negeri Selangor manakala Encik Metdriyanto adalah dari IKBN Peretak di Hulu Selangor serta ditugaskan di Bahagian Rakan Muda di Pejabat Belia dan Sukan di daerah ini.
Semoga dengan kehadiran kedua-dua kakitangan baru di pejabat daerah ini akan meningkatkan lagi kerjasama dan ukhuwah di kalangan pekerja sekaligus memberi impak yang lebih positif terhadap perkembangan belia dan sukan di daerah ini.
Disediakan oleh : Umi Amira binti Amiruddin, PBSD Hulu Selangor
- JBS Selangor
- Hits: 465




