- JBS Selangor
- Hits: 385
“WE ARE STILL ON TRACK”

SHAH ALAM, 11 MAC 2019 – Demi memastikan kelancaran FitMalaysia Selangor 2019 yang bakal berlangsung pada 23 hingga 24 Mac 2019, satu Mesyuarat Jawatankuasa Sekretariat Bil. 2/2019 telah diadakan. Mesyuarat ini diadakan bagi mendapatkan maklumbalas dan status gerak kerja yang telah dibuat untuk penyelarasan pelaksanaan FitMalaysia Selangor 2019. Mesyuarat ini melibatkan semua jawatakuasa pelaksana yang dilantik melibatkan pegawai dan kakitangan di Jabatan mahupun di Daerah.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Sabran bin Abd Bahar, Pegarah JBS Selangor. Mesyuarat telah dibentangkan dengan persiapan pelaksanaan seperti aktiviti yang akan dijalankan, pameran dari pelbagai agensi kerajaan serta penglibatan penyertaan dari pelbagai golongan sama ada kanak-kanak, warga emas dan juga Orang Kelainan Upaya (OKU).
Disediakan oleh : Nur Hidayah binti Mohd Yusoff , Bahagian Pembangunan Sukan
- JBS Selangor
- Hits: 385








